Thursday, 21 August 2014

Backlog

Haritu balik dari asrama, E baru balik dari sekolah. Masih dengan tudung hitam dan kain batik berdikir barat sempena apa entah. Dia happy. Lepas tu dia tidur dari lepas maghrib sampai pagi.

Esoknya kitorang nak pergi KL. It's her birthday. Naik Trajet. E dengan M dekat belakang. T dekat sebelah. N dengan Ma. Abah drive.

It was supposed to be a happy day. Cuti sekolah seminggu baru mula. Nak tidur hotel, nak mandi swimming pool. M dah siap dengan pelampung dekat leher. She was 6. She's 16 now and 20kg heavier than me.

We were sleeping. Tiba-tiba kena tindih. I was sandwiched between T dengan pintu. Melecet belakang. Sepanjang kereta tengah berpusing ke apa tu (probably bergerak dalam bentuk S sebab Abah cakap kalau ke kanan masuk gaung, kalau ke kiri langgar divider.) mampu sebut nama Abah je. Cari Abah. Abah, abah, abah. Abah pilih langgar divider.

Kereta berhenti. Push T ketepi. Kitorang duduk balik atas kerusi. Pandang depan dulu. Cari Ma dengan Abah. Ada. Alhamdulillah sebab I don't have a clue apa nak buat kalau diorang tak ada. Tengok belakang. Dia dengan M tak ada. Tengok lantai. Tak ada. Tengok belakang, jauh lagi ke belakang. Dua-dua atas jalan dah. 

Segera keluar. Suruh M bangun sebab dia sedar. She was saved by the bouy on her neck. Ternampak dia baring in a pool of blood. Her blood. Kepala dia terkena divider. She was 10. It was her 10th birthday.

And then came T, and then Ma dengan N. Ma nampak dia ma terus bagi N dekat orang lain. Ma tak tau Ma bagi siapa (nasib baik bagi dekat T). Yang Ma tau dia lebih perlukan Ma.

Somebody tried to help. Tapi dia bukan orang situ. Sesat-sesat. Kebetulan hari cuti. Klinik tutup. Ma cuma mampu pangku E. The clock is ticking. She's dying. 

Abah uruskan kereta. I am in charge of my other siblings. Pergi kereta ambil handbag ma, barang-barang penting. Dukung N gilir-gilir dengan T. Tiba-tiba ambulans datang. Kitorang yang sihat ni sampai hospital dulu naik ambulans. Barulah Abah. Barulah Ma dengan E. 

And then came the news.

I'm sorry. I was not a good sister. Kita selalu gaduh berebut barang segala. I was harsh on you. I'm sorry about the Crispy. I really am. I'm sorry.

I hope I'll never forget what happened that day. Alfatihah.



No comments:

Post a Comment