2014
bukan tragedi dunia
tapi aku punya
kita punya
awak, saya
hampir dua tahun. dua minggu ke dua tahun pengenalan. dua bulan ke dua tahun berkasih sayang. kita putus kerana mengalah dengan bonda dan abah. kita putus. kita kalah. kita.
terima kasih untuk dua tahun ini. terima kasih. tak dapat saya balas segala kebaikan awak. maafkan yang terkurang, terlebih, yang tersinggung perasaan. saya cuba bagi awak yang terbaik. saya harap awak bahagia, gembira. saya harap awak ingat masa-masa suka kita instead of masa duka. tak ada satu hari pun yang saya tidak cintakan awak dan rindukan awak. termasuklah harini. sampai bila saya tak tahu. tapi kalau boleh sampai bila-bila. kalau boleh saya nak tunggu awak di syurga.
No comments:
Post a Comment